Saturday, October 23, 2010

KOLEKSI CASH REGISTER (NCR) 60an



Koleksi cash register machine keluaran 1960 oleh National Cash Register (NCR). Aku pernah beberapa kali dapat cash register nie suatu ketika dulu sewaktu mula-mula terjebak dengan besi burok nie 10 tahun dulu..tapi semua dah jual..masa tu belum ada tempat untuk "show" dan sangkaan aku pun benda nie masih banyak lagi. Harga pasaran semasa sekarang boleh mencecah RM 1,500 atau mungkin lebih lagi menurut info dari seorang rakan.

Sekadar berkongsi cerita dengan hangpa semua..dalam dunia koleksi yang aku minati sekian lama..banyak benda yang tidak di jangka selalu aku dapat, lebih2 lagi pada tahun ini dan tika terjelma nya blog "eisantique" nie..bak kata seorang rakan "seperti benda nie di panggil2 pulak". Mungkin kebetulan dan juga rezki yang telah tersurat untuk aku..Baru beberapa hari sudah aku berbual dengan kawan dan bercerita pasal cash register.."aku nak sangat cari ! dah lama tak dapat kalau ada tentu menarik letak di bar counter" nahh...!! selang 2 hari tak payah cari seorang kenalan lama yang dah betoi lama terputus hubungan call dan bertanya nak beli tak cash register sebab dia nak guna duit..!! ibarat orang mengantuk di jirus air satu baldii..terkejut la aku..macam tak cayaa..! seperti juga la kes aku nak tengok sangat macam mana rupa tureen kelapa maduu..! seminggu lepas tu aku dapat..banyak lagi sebenarnya benda2 sebegini berlaku pada aku tahun nie..adakalanya bila aku tengok koleksi rakan2 terpikiq juga..mana mungkin aku boleh dapat koleksi seperti rakan nie..tapi lepas tu memang aku dapat..! Mungkin juga hangpa ada melalui pengalaman seperti ini agaknya..

Sememangnya pernah aku katakan.....tahun nie memang tahun aku..dan yang paling penting niat kita dalam apa jua tindakan jika baik..baik la ganjarannya..Memang tidak rugi jika kita berlapang dada dan gembira dengan koleksi yang kita  tidak ada tapi orang lain ada,  sebab dah semula jadi orang kita nie dari dulu lagi banyak sangat ijazah "Perasaan Hasad Dengki" (PHD).

No comments:

Post a Comment