Wednesday, March 31, 2010

Bottle For Sale RM 60



Botol untuk di jual RM 60, botoi kontot embos 50an ini ada pelbagai versi maksud aku ada banyak gambak2 pada botoi tu yang berlainan tapi saiz sama kontot jugak. Keluaran guan joo chiang singapore.




Imej dengan lebih dekat lagi..anda lihat sendiri betapa lagak nya gaya si ikan pada botoi kontot nie..ekk semacam !



Keluaran guan joo chiang singapore.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Monday, March 29, 2010

Tray Green Spot For Sale RM 140


Tray green spot untuk di jual RM 140. Condition seperti apa yang hangpa lihat. Menarik untuk setup kopitiam atau sebagainya.



Tray green spot nie dua2 bahagian depan dan belakang ada tulisan green spot.



Imej dari bahagian belakang tray.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Saturday, March 27, 2010

Sugar Bowl For Sale 20



Bekas gula untuk dijual RM 20, cuma tudung saja yang dah hilang, stakat buat xtra untuk lengkapkan hangpa punya set boleh lar.



Imej dari bahagian lain bekas gula nie dan di bawah gambak dengan lebih jelas lagi.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Friday, March 26, 2010

Cigarettes Tin For Sale RM 20




Tin rokok untuk dijual RM 20, jenama yang tidak asing lagi bagi kaki perokok keluaran state express. Condition seperti yang anda lihat.



Gambak dari pelbagai sudut.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Thursday, March 25, 2010

SET KELAPA BERMADU SOLD...! AARGHHHH..!

HANTARAN SERIBU SERBA SATU HANGUSSS..!



Al kisah baru saja aku nak melaram set kelapa madu nie dalam showsace dah ada orang masuk meminag...jahanamm..! habis nyok aku..! Tu la gatai sangat mulut p sebut harga jangan sangka tak ada sapa yang sanggup ! bak kata karam sign walia.."jangan sangka dalam poket tak ada duit". Ini secebis kisah melalut aku ..

Memang hangpa semua sahut cabaran aku jangan beli set nie sebab suka bermadu tapi aku silap peringatan pada mak bonda saja..rupa nya aku lupa pada pak bonda..! Pak bonda la yang meminang set kelapa madu nie..arggghh..! tak dan nak rasa ayak nyok lagi..!

Itu la dia dalam dunia koleksi nie segala nya mungkin begitu juga dalam kehiduapan kita. Pada aku soal duit mahupun soal murah atau mahai..bukan persoalan nya dalam dunia koleksi ini, yang penting apa yang seorang collector atau kita nak dan kepuasan yang collectr itu dapat. Itu la yang membezakan dunia koleksi dengan benda2 yang lain..Kalau makan tengahari kita boleh makan situ murah dan makan sana mahai ! serta banyak pilihan ! tapi dalam dunia koleksi kita ada satu pilihan saja..hendak atau tak nak itu saja. Betoi faktor kepala agong (duit) memang memainkan peranan. Tapi harus di ingat tidak semua benda dalam dunia koleksi ini kita boleh dapat. Kalau di tangan aku mungkin hangpa boleh dapat sebab aku berniaga tapi kalau di tangan pak bonda yang beli set nie ? dan dia sebagai collector ! sudah tentu agak sukar hangpa semua nak meminang set kelapa madu nie..walaupun offer 3k. Ini hakikat sebab kalau barang pada peniaga hangpa boleh beli berapa duit pun mungkin hangpa sanggup tapi kalau hendak beli di tangan colllector memang payah... hangpa goreng la macam mana pun..senyum aje collector tu dengak hangpa goreng..!

Buat pengetahuan hangpa semua pak bonda nie memang tak collect set kelapa madu nie..tapi yang buat aku gelak sms pak bonda nie pada aku lebih kurang macam nie "KELAPA TU..MCM MEMANGGIL MANGIL" memang betoi pun bukan kawan nie sorang ramai yang di panggil2 hahaha..!

Hangpa tengok la puas2..ok la aku nak p beli kelapa madu nak minum !



SOLD !


SOLD !


Talefon Directory For Sale RM 100



Buku panduan talipon untuk di jual RM 100, keluaran sebelum Merdeka 1951 mengandungi 300 helaian muka surat. Menarik jika di letakkkan bersebelahan talipon lama memang cun..! Pada aku lar..hangpa tengok mungkin burok..!



Imej belakang buku.



Imej dari pelbagai sudut.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Tin For Sale RM 70



Tin untuk di jual RM 70, keluaran cow gate tahun 60an. Tin cow gate ini juga antara tin yang jarang di jumpai bukan aku kata RARE tapi agak jarang jumpa. Cow gate nie tahun 40an sudah ada di pasaran Malaya. Antara tin , keluaran ini yang agak sukar dapat tin yang berwarna biru dan bersaiz kecil. Bagi pengemar tin2 lama ini juga harus ada dalam koleksi tin anda. Harga memang tinggi sikit..sesuai la hendak mendapatkan nya pun. Tin nie aku ada xtra banyak kalau tak jangan harap aku nak lepas.



Imej dari belakang dan gambak bawah imej tudung tin masih elok tidak berkarat cuma baby kat tin tu saja mungkin dah tak da atau pun mungkin dia sendiri pun tengah mencari gambak dia pada tin nie di Malaya dulu.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Wednesday, March 24, 2010

REKOD 10 INCI DENDANG SALOMA

Hari nie aku nak berkongsi cerita sikit pasai piring hitam atau lebih di kenali sebagai rekod yang aku minat simpan selain daripada barang2 kopitam. Rekod nie kira dalam katogeri material plastik bersaiz 10 inci atau di kalangan peminat2 rekod lebih di kenali sebagai rekod 10 inci..kalau depa nie sebut tau la macam mana rupanya.

Rekod nie aku nak habak kat hangpa, pernah di tawarkan oleh seorang collector untuk di beli dengan harga 4 angka (ribu) satu harga yang boleh di katakan tinggi untuk sekeping rekod nie. Apa buat kan ia begitu special ? Adakah possing saloma dalam album nie ! Kalau tanya aku memang geram aku tengok..! tak apa kita lupakan pasai geram aku tuu..

Rekod 10 inci ini mengikut apa yang aku tau mula dikeluarkan pada 1957 pada bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan kita dengan album pertama nya kalau tidak silap aku "dendang P.Ramlee" cover gambak rumah kampung macam lukisan kartun..kalau tak silap la..mungkin otai rekod 10 inci lebih arif..aku pernah ada rekod tu dulu tapi tak berapa ingat tajuk album nya. Album terakhir untuk rekod 10 inci pada 1962 dan daripada apa yang aku tau dari rakan2 sepanjang tempoh 5 tahun hanya 60 album sahaja di keluarkan untuk pasaran Malaya singapore pada masa itu. Jadi tidak hairan la kalau rekod ini antara spesis yang sukar dapat berbanding rekod jenis lain dan satu lagi harga nya yang agak tinggi pada masa itu 12 pound hanya orang2 berada aje mampu beli rekod jenis ini. Ironi nya memang la tak banyak ada rekod jenis ini di rumah2 suatu ketika dahulu. Begitu la lebih kurang cerita nya kalau di cerita panjang lebar kena buat buku pulak..! ini secara ringkas. Cuma sejak kebelakangan tahun sudah..bukan tahun nie yea..nie tahun sudah ! rekod melayu 10 inci ini keluar macam "ahli politik jadi katak keluar parti" paham kan maksud aku tak la semacam "cendawan tumbuh selepas hujan" dah banyak sangat..

Maka be rebut2 la sang collectors rekod ini membeli bagai nak "rak" tawar menawar bermula sampai rekod melayu 10 inci ini mencecah sampai rm600..Hebat collectors kat Malaya nie kan..! Aku bernasib baik dalam harga dok tinggi aku dapat kat sorang "apek" nie betoi apek bukan aku perli hangpa blogger pinggan mangkuk....dengan harga RM 400 bukan satu tapi 6 keping sekali gus..memang langkah kanan..apek tu kata "ada lagu malayuu..tapi mahai sikit boleh kaa" ! bila dia tunjuk aku pun senyum kambing aje..! padahal dalam hati rasa nak peluk aje bini apek tu..! Itu lah dia kalau dah rezki dapat murah tidak kemana..Gerak hati aku memang nak simpan satu aje yang 'saloma" nie lain aku juai p..dah dapat modai dan ber ganda2 dah aku untung.

Rupa2 nya yang aku simpan nie la ramai di antara collectors rekod 10 inci seantario Malaya tidak ada kalau ada pun condition hampehh..! Cukup ramai yang nak mengorat "saloma"aku nie. Buat pengetahuan hangpa yang main rekod nie guna kederat guna duit hangpa p cari sendiri. Pada aku tak perlu banyak rekod 10 inci melayu ada sekeping kat aku pun sudah cukup meruntun kalbu jiwa para collectors rekod 10 inci yang dok ada berlambak beribu ribu ringgit perabih duit..dah hobi apa boleh buat yea dak..!

Jadi di sini apa yang aku nak sampai kan bukan la nak suruh hangpa beli satu barang jer tak payah beli barang lain..habis la aku peniaga nie..maksud aku kita ada satu2 barang yang menjadi rebutan para collectors lain yang itu kita ada, macam set "kelapa madu la" itu sudah cukup baguih..! Betoi ! duit bukan boleh beli segala gala nya dan duit juga la boleh mencairkan kita dengan apa yang kita ada..fikir fikirkan lah..










Enamel Sign For Sale RM 100



Enamel sign untuk di jual RM 100, condition seperti apa yang hangpa lihat. Keluaran england




Imej dari pelbagai sudut.



Mungkin hangpa heran tengok benda macam nie pun aku juai ker..! manusia seribu satu macam jenis ada.


Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eiantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Tuesday, March 23, 2010

Cigarettes Tin For Sale RM 30


Tin rokok untuk di jual RM 30, condition masih elok tidak berkarat atau calar yang teruk. Tin2 rokok nie bila dah ada banyak baru nampak menarik jika di hias atau sebagainya. Bagi yang baru nak collect tin2 rokok ini boleh di jadikan permulaan kalau anda berminat sebelum p lebih jauh untuk collect tin rokok.



Tin rokok keluaran sea king.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Monday, March 22, 2010

KOLEKSI TUREEN KELAPA MADU

Diatas permintaan para blogger pinggan mangkuk sekali lagi aku posting pasal si pokok kelapa madu aku nie..Kali nie aku nak posting si bapak..! tureen pokok kelapa sahaja yang set lain tak masuk campur. Terima kasih la atas pandangan hangpa semua semalam samada dalam blog, sms dan tidak kurang juga yang call berbual. Nampaknya ramai juga yang tak tidok lena semalam betoii..kaa..YATT..! Apa yang aku hendak habak di sini bukan la tujuan aku posting semalam pasai pokok kelapa madu nie untuk nak menunjuk nunjuk atau ber bangga2 dengan apa yang aku ada..tujuan aku nak habak ialah barang2 seperti ini la yang patut kita cari atau di buat koleksi, maksud aku umumn yaa..! bukan aku ceta tureen nie..jangan salah faham..!

Satu2 koleksi yang ramai para collector tidak ada dalam simpanan dan ada permintaan, tetapi kita ada koleksi yang semacam itu. Hebat kan..! Betoi..! kalau kita ada banyak duit kita boleh bagi penuh barang2 satu tesco pun boleh tapi adakah ianya berkualiti atau quantiti...? Pada pandangan peribadi aku mungkin lebih banyak quantiti daripada quality..Kadang2 dalam keghairahan kita mencari barang2 lama nie tanpa kita sedar adakalanya kita collect barang sampah yang tak boleh di buat duit di masa akan datang..bukan barang sampah yang boleh menguntungkan kita suatu hari nanti, maaf habak agak kasar sikit bunyi nya...tapi itu la hakikat nya..aku sendiri pun pernah melalui situasi macam tu suatu mula2 kenai barang2 burok nie..tapi kalau dah hangpa banyak duit sapu aje la apa yang ada..!

Pada aku dunia koleksi kita nie selain menjadi hobi ia juga sebagai pelaburan akan datang..hangpa kena set dalam kepala hotak mulai sekarang..jangan kita asyik syok sendiri saja..ingat ! langit tidak selalu cerah kadang2 tengahari pun boleh gelap..begitu la per umpamaan kita dalam kehidupan nie..aku rasa hangpa paham kan maksud aku.

Akhir sekali aku nak habak..ramai jugak dok me risik2 khabar pokok kelapa madu nie semalam..ingin aku jelas kan di sini hantaran nya SERIBU SERBA SATU ada branii.! hahaha...

Dengan tersiar nya gambak di bawah nie boleh la hangpa tidok lena malam nie..betoi tak kak NOR..!

KAMPUNG KU

Air laut tepis pantai
Angin niur gemulai
Daun nyiur nan melambai
Kampung nelayan ku permai

Sampan menghias pantainya
Layar pun terkembang
Laut tenang tak gelombang
Nelayan hati nya girang

Suasana riang ria
Kampung ku aman Merdeka
Hhmm....hmm.. turen turennn..!

Note: Lagu dari filem "seniman bujang lapok" kalau tak silap aku