Tuesday, November 9, 2010

Rekod 10 Inci Saloma For Sale RM 1,600

 Rekod 10  inci SALOMA untuk di jual RM 1600, (HARGA TETAP..!!)

Sudah sampai masa nya antara koleksi kesayangan aku untuk di leburkan menjadi duit. Pada tahun lepas rekod ni menjadi kontraversi dalam satu laman jualan percuma sebab nya aku letak harga seribu..! ramai yang yang panas hati tak kurang juga ramai yang email dan sms aku kata macam2 ni semua kes tak dak rekod saloma nie lar..bukan rare pun..!!   memamg aku tembak ayat dalam laman jualan tersebut..! itu yang collectr rekod panas punggong baca... Untuk pengetahuan hangpa semua rekod saloma 10 inci nie dah memang sorang 2 dok tunggu aje aku n3 untuk jual dalam blog hari nie.

Ada sesetengah "sang luncai' di luaq sana tidak setuju dan tidak boleh terima apabila aku menggunakan ayat "koleksi yang menguntungkan atau merugikan" ! mungkin pada mereka2 ini harga satu2 barang terlalu subjektif untuk di nilaikan walaupun ianya bukan laku pun di pajak gadai..!! Tetapi walau apapun kata2 "sang luncai" di luaq sana hari ini aku dah buktikan ayat tersebut memang boleh di guna pakai walau pun tidak di pajak gadai..! tapi pada tangan2 collectr yang hebat. Ada betoi juga kata2 seorang rakan "kualiti daripada kuantiti" itu lebih berkualiti..Sebenarnya banyak lagi barang2 koleksi aku yang terpilih,  secara kebetulan aku masih simpan dengan baik dan elok yang kebanyakkan rakan2 aku tak nampak bila datang ke kedai. Memang benar mengumpul secara senyap lebih baik dari berkokok satu malaya tapi apa pun tarak..!

Sekiranya terjual piring hitam10 inci saloma aku nie..aku rasa aku antara pemegang rekod di Malaysia,  antara penjual yang menjuai piring hitam 1 keping RM 1,600 paling tinggi dalam sejarah menjual piring hitam. Sudah pastinya ber baloi2 dan yang menguntugkan pada aku...

Pada collectrs rekod 10 inci rekod saloma ini patut ada dalam  simpanan hangpa semua untuk lengkapkan set yang setahu aku memang tidak banyak di keluarkan tak sampai 100 album 10 inci nie pada waktu dulu kalau tidak..!  berkokok ada banyak rekod 10 inci pun tak guna jika tak dak rekod saloma  nie.. Tapi aku pasti hangpa semua ada rekod ini.


SOLD !

SOLD !
Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616. (NO SMS PLEASE).

P/S: Ada yang mengatakan aku buat gimik lagii..! tapi alhamdullilah rezki hari ini memamg tuhan sayang aku..