Monday, January 25, 2010

BEZA STERIKA ORI DAN STERIKA PENIPU..!



Hari ini aku nak berkongsi cerita sedikit dengan hangpa semua, anda semua biasa kan nampak sterika seperti dalam gambak ni..! Semacam dah perkara wajib bagi yang mula2 nak mengenali dunia antik sterika la antara item yang suka di cari dulu. Keluar la kisah dulu di kampung ada , tok dok guna dulu, dah hilang la p juai kat kedai botoi la. Itu sebahagian cerita jer...! macam2 lagi cerita sedih sang sterika ni. Gambak atas ni adalah sterika tembaga yang ori digunakan di Malaya pada masa dulu lepas merdeka pun masih ada lagi digunakan.





Kebiasaanya nya sterika yang digunakan mesti ada cop tulisan cina disebelah belakang seingat aku, tu nama kedai dobi apek dan juga nama company. Cop tu dibuat berasingan dengan sterika dan di lekatkan. Cop tu pun biasa nya daripada tembaga. Sebelum kedatangan sterika tembaga sterika daripada besi telah pun digunakan dahulu oleh kerana tidak tahan, paham aje la besi bertemu dengan panas bara dalam sterika maka selalu juga la di bahagian tapak sterika besi berlubang sebab tu kemudian nya ditukarkan dengan tembaga agar lebih tahan lama. Kalau tak percaya kalau ada jumpa sterika besi cuba tengok dibahagian tapak biasanya berlubang sedikit tapi ada sesetengah tu memang elok tapi jarang jumpa yang besi, lagi pun tak banyak yang minat kalau dibandingkan dengan sterika tembaga sebab besi tak "handsome" nampak berkarat teruk. Itu pandangan aku la.





Dek kerana peminat terhadap sterika ni tinggi dan juga permintaan barang2 tembaga maka terkeluar la sterika "malaun" ni dari indon tempat yang penuh dengan hasil seni dan benda2 lama termasuk la yang reproduction. Di market antik kita sekarang ni memang berlambak sterika jenis ini ada yang bersaiz kecil, besar, berat, hatta yang jenis ringgan pun ada. Betapa terrer nya depa ni bab2 repro barang lama. Sterika diatas badannya ada gambak naga, ada yang nampak macam real dan tak kurang juga nampak macam gambak kartun. Selain jenis ini ada juga jenis yang lain termasuk la macam sterika tembaga yang awal tadi aku cerita tapi cop dibahagian belakang tu tak ada agaknya depa terlupa nak buat " moul " . Itu salah satu yang kita boleh tau ori atau tidak.





Satu lagi kalau hangpa nak tau kebiasaanya barang2 tembaga dari indon depa akan sapu dengan sejenis warna coklat seakan akan nampak tembaga tu dah lama dan nampak kusam, cuba hangpa perhatikan gambak atas dan bawah ni. Kalau ini la yang hangpa jumpa awas..! itu barang tembaga tipu bukan ori. Maaf cakap bukan aku nak peleceh hangpa semua yang dok collect barang2 tembaga tapi itu kebenaran memang betul. Kadang2 ada orang dok bangga kata ada banyak collect barang2 tembaga bersepah kat rumah penuh almari katanya. Sekali bila kita p tengok heemm hampehh..! barang repro itu yang dikatakan lama. Adat orang melayu tak kan nak jatuh kan air muka kawan pulak buat2 kata cantik aje la awak punya koleksi memang cun..! Kalau aku secara peribadi memang aku tak pungut tembaga yang repro ni merosakkan market antik kita aje kat Malaya ni tapi kalau yang saja suka2 nak beli minat sebab cantik itu terserah la masing2 ada pandangan tersendiri. Aku sekadar beri pandangan secara ikhlas dan jujur tak ada niat nak sakit kan hati sesiapa. Tapi ini la hakikatnya terutama orang2 kita kat Malaya ni mudah sangat tertipu dengan peniaga yang cuba mengambil kesempatan atau sesetengah peniaga tu mungkin juga tidak tahu yang barang tu repro..! tapi kalau dia tahu tapi pura2 tak paham luu piikirrr...! la sendiriii......!