Wednesday, November 10, 2010

KOLEKSI FOTO LAMA


Hari ini aku ingin berkongsi cerita atau koleksi peribadi yang tidak perlu keluaq duit satu sen pun..! Terlebih dahulu kesah ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa sama ada si luncai, si badut sarkas, si lahabau atau sewaktu dengannya hanyalah berkongsi pandangan dan pendapat..al maklum saja lah kadang2 kita bercerita lain ada pulak si "benggong" yang termakan cabai lebih..!!!

Foto di atas adalah gambaq arwah bapak aku mungkin bersama rakan sekampung dengan basikal raleigh spot nya pada tahun 30an memang sah gambak atau individu yang aku kenali. Apa yang aku ingin kongsikan di sini kadang2 agak pelik ramai di antara colltr bukan semua, yang minat memiliki gambaq2 lama yang entah siapa gerangan orangnya..mereka sendiri pun tidak tahu dan penuh bangga menghiasi ruang dinding kediaman mereka walhal gambak keluarga sendiri pun tidak di angkat sebegitu rupa..amat malang sekali dan ada sesetengah nya pula sanggup berhabis duit yang banyak untuk memiliki satu foto lama..! aku sendiri pernah juai satu foto lama dengan harga RM 800 tanpa cerita banyak seorang peminat foto lama membelinya. (foto tersebut tidak sempat aku juai dalam blog mahupun untuk mengambil gambak nya..dah di beli lebih awal).

Jadi secara ringkasnya bagi sesiapa yang meminati gambak2 lama baik lah kita memertabatkan dahulu gambak keluarga kita atau insan2 mahupun saudara mara yang dikenali pernah bersama dalam hidup suatu ketika dahulu atau mungkin tinggal kenangan pada masa kini daripada gambak "apek' mana pun kita tak tau asal usul nya. Baik berbangga dengan gambak yang kita kenali daripada yang kita tidak ketahui. Mungkin hangpa pun ada gambak2 keluarga yang terperam dalam stor tanpa di framekan dan di mamah hari..Ini adalah salah satu koleksi yang tidak perlu keluaq modai cuma perlu menghargai nya yang mungkin kita telepas pandang apa yang ada dalam simpanan kita yang tidak boleh di juai beli oleh sesiapa pun.

Segala kenyataan serta pandangan aku di atas adalah dari kaca mata aku sendiri sebab kadang2 ada orang tidak sedar apa yang dia hendak kongsikan dengan para pembaca..!  goreng sana sini akhirnya tergoreng diri sendiri dengan penulisannya, elok2 mahu berkongsi cerita jadi bahan lawak pula. Bagi seorang collecter foto lama, fotografer yang amatur mahupun profesional, setiap foto2 lama ada nilai nya yang tersendiri mungkin nilai wang ringgit mungkin juga nilai seni foto tersebut..! itu aku tidak nafikan dan ada juga rakan yang millionair kaya raya dek kerana foto2 lama.. Ini memang berlaku mungkin ada sesetengah nya tidak ketahui, tapi tidak semua foto lama maksud aku cuma yang terpilih sahaja, sekali lagi aku tekan kan "kualiti daripada kuantiti baru sesuatu koleksi itu berkualiti". fikir2 kan lah..