Thursday, September 16, 2010

KOLEKSI ROKOK MERDEKA BUATAN MALAYA

Koleksi rokok versi "MERDEKA" ...!! buatan MALAYA.. tentu hangpa biasa lihat gelas, buku, dokumen, gambaq dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan merdeka. Tapi aku pasti tak ramai di kalangan collectr rokok mahupun collctr barangan merdeka ada rokok nie kalau ada pun condition tidak elok atau pun tinggal kertas sahaja untuk di frame.

Rokok merdeka yang ada pada aku nie masih belum di gunakan lagi dan terdapat 20 batang rokok di dalamnya..tentu ber "denggung" kalau hangpa hisap stim 24 jam..!!! Info berkenaan rokok merdeka nie aku belum dapat lagi tapi mungkin di keluarkan semasa ataupun sebelum merdeka dan yang pastinya aku rasa inilah rokok paling mahal kat negara kita sekarang nie..sudah cukup merabakkan duit aku time raya nie..apa boleh buat hendak dapatkan barang yang tak ramai collctr ada kena la mampu beli dan tak kedekut maksud aku ramai di kalangan collctr nak barang best tapi nak murahh..! Pppiirraa..! cari sendiri lar. Kalau ada yang nak beli rokok nie boleh juga..sebatang rm100 hangpa kali dengan 20 batang ! hangpa kira lar berapa..ada branii..?? dan kalau begini la harga rokok di pasaran sekarang sudah tentu bukan ramai lagi tapi langsung tak dak sapa yang berani merokok..kan senang.!! tak payah nak kempen macam2 untuk henti merokok..mengarut semua tuu..!

Bagi collctr kotak2 rokok atau sewaktu dengan nya serta collctr barangan merdeka, perlu ada untuk melengkapkan set anda.