Wednesday, March 24, 2010

REKOD 10 INCI DENDANG SALOMA

Hari nie aku nak berkongsi cerita sikit pasai piring hitam atau lebih di kenali sebagai rekod yang aku minat simpan selain daripada barang2 kopitam. Rekod nie kira dalam katogeri material plastik bersaiz 10 inci atau di kalangan peminat2 rekod lebih di kenali sebagai rekod 10 inci..kalau depa nie sebut tau la macam mana rupanya.

Rekod nie aku nak habak kat hangpa, pernah di tawarkan oleh seorang collector untuk di beli dengan harga 4 angka (ribu) satu harga yang boleh di katakan tinggi untuk sekeping rekod nie. Apa buat kan ia begitu special ? Adakah possing saloma dalam album nie ! Kalau tanya aku memang geram aku tengok..! tak apa kita lupakan pasai geram aku tuu..

Rekod 10 inci ini mengikut apa yang aku tau mula dikeluarkan pada 1957 pada bulan ogos iaitu bulan kemerdekaan kita dengan album pertama nya kalau tidak silap aku "dendang P.Ramlee" cover gambak rumah kampung macam lukisan kartun..kalau tak silap la..mungkin otai rekod 10 inci lebih arif..aku pernah ada rekod tu dulu tapi tak berapa ingat tajuk album nya. Album terakhir untuk rekod 10 inci pada 1962 dan daripada apa yang aku tau dari rakan2 sepanjang tempoh 5 tahun hanya 60 album sahaja di keluarkan untuk pasaran Malaya singapore pada masa itu. Jadi tidak hairan la kalau rekod ini antara spesis yang sukar dapat berbanding rekod jenis lain dan satu lagi harga nya yang agak tinggi pada masa itu 12 pound hanya orang2 berada aje mampu beli rekod jenis ini. Ironi nya memang la tak banyak ada rekod jenis ini di rumah2 suatu ketika dahulu. Begitu la lebih kurang cerita nya kalau di cerita panjang lebar kena buat buku pulak..! ini secara ringkas. Cuma sejak kebelakangan tahun sudah..bukan tahun nie yea..nie tahun sudah ! rekod melayu 10 inci ini keluar macam "ahli politik jadi katak keluar parti" paham kan maksud aku tak la semacam "cendawan tumbuh selepas hujan" dah banyak sangat..

Maka be rebut2 la sang collectors rekod ini membeli bagai nak "rak" tawar menawar bermula sampai rekod melayu 10 inci ini mencecah sampai rm600..Hebat collectors kat Malaya nie kan..! Aku bernasib baik dalam harga dok tinggi aku dapat kat sorang "apek" nie betoi apek bukan aku perli hangpa blogger pinggan mangkuk....dengan harga RM 400 bukan satu tapi 6 keping sekali gus..memang langkah kanan..apek tu kata "ada lagu malayuu..tapi mahai sikit boleh kaa" ! bila dia tunjuk aku pun senyum kambing aje..! padahal dalam hati rasa nak peluk aje bini apek tu..! Itu lah dia kalau dah rezki dapat murah tidak kemana..Gerak hati aku memang nak simpan satu aje yang 'saloma" nie lain aku juai p..dah dapat modai dan ber ganda2 dah aku untung.

Rupa2 nya yang aku simpan nie la ramai di antara collectors rekod 10 inci seantario Malaya tidak ada kalau ada pun condition hampehh..! Cukup ramai yang nak mengorat "saloma"aku nie. Buat pengetahuan hangpa yang main rekod nie guna kederat guna duit hangpa p cari sendiri. Pada aku tak perlu banyak rekod 10 inci melayu ada sekeping kat aku pun sudah cukup meruntun kalbu jiwa para collectors rekod 10 inci yang dok ada berlambak beribu ribu ringgit perabih duit..dah hobi apa boleh buat yea dak..!

Jadi di sini apa yang aku nak sampai kan bukan la nak suruh hangpa beli satu barang jer tak payah beli barang lain..habis la aku peniaga nie..maksud aku kita ada satu2 barang yang menjadi rebutan para collectors lain yang itu kita ada, macam set "kelapa madu la" itu sudah cukup baguih..! Betoi ! duit bukan boleh beli segala gala nya dan duit juga la boleh mencairkan kita dengan apa yang kita ada..fikir fikirkan lah..










Enamel Sign For Sale RM 100



Enamel sign untuk di jual RM 100, condition seperti apa yang hangpa lihat. Keluaran england




Imej dari pelbagai sudut.



Mungkin hangpa heran tengok benda macam nie pun aku juai ker..! manusia seribu satu macam jenis ada.


Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eiantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).