Thursday, April 1, 2010

Tin Hacks For Sale RM 200

Tin hacks untuk di jual RM 200, mak ooii...! harga macam tak nak juai..macam tu lebih kurang nya kalau hangpa tengok. Condition tin hacks nie memang cun bukan trik gambak aku ambil..ini betoi2 kejadian..bukan coobaann..! Tentu blogger pinggan mangkuk ter tanya2 apa dah jadi dengan blog aku nie seminggu 2 nie asyik2 tin botoi..botoi tin..tak dak barang lain kar..sikit hari lagi aku pun jadi ke**** botoi gamak nya. Barang2 untuk hangpa belum ada lagi tup2 keluak set kelapak lagi baru hangpa tau..!

Ok ! tin hacks ini keluaran 60an mungkin juga pertengahan 60an sebab dah di keluarkan di Msia. Bagi pengemar tin kalau hangpa perasan tin hacks yang sama tapi keluaran england. Tin itu dulu keluar, baru tin yang nie ada. Beberapa tahun sudah tin hacks berwarna oren nie antara yang paling 'koman" boleh dapat berbanding dengan tin hacks perasa atau warna lain memang susah dapat jangan kata nak dapat yang cantik yang karat pun belum tentu boleh dapat.

Pada aku...tin hacks adalah benda wajib atau benda asas perlu ada pada collectors tin kalau tidak tak cukup syarat..! ibarat makan tak berlauk..ataupun bagi blogger pinggan mangkuk ibarat ada tureen banyak tapi tak dak tureen kelapa hahaha..jangan marah..!

Condition tin ! tidak berkarat hangpa boleh guna letak gula2 dalamnya..tin nie aku ada xtra jadi boleh la juai dan berkongsi minat pada sapa2 yang belum ada..Harga macam aku habak tadi harga mas kahwin nya rm 200 serba serbi tak boleh kurang..! Kalau harga nie mengarut hangpa jangan beli buat habis duit jer..!















No comments:

Post a Comment