Sunday, January 31, 2010

SALAM KECERIAAN DI PAGI AHAD..!

Salam keceriaan dipagi ahad yang indah buat rakan2 blogger semua. Sepanjang minggu bertungkus lumus mencari barang2 lama untuk tatapan dan kepuasan anda semua dan juga demi untuk meneruskan hidup menyara keluarga dengan mencari rezki jual barang2 buruk ni kata pada sesetengah orang sinis pada aku.


Pada kawan2 di luar sana akan aku cuba cari barang2 yang diperlukan oleh anda untuk melengkapkan koleksi walau pun tak semua aku boleh carikan tapi insyallah akan ku cuba sebaik mungkin. Tanpa anda sebagai pembeli siapa la aku sebagai penjual.


Terima kasih diatas sokongan anda terhadap blog EIS ' antique ini.

Wassallam.........





Pemandangan Gunung Ayam Kelantan

Keris For Sale RM 800



Keris untuk dijual RM 800, ini bukan keris repro yang dok berlambak di pasaran antik kita ni, kalau tak silap aku ini keris semenanjung usia pertengahan kalau betul la aku pun tak berapa mahir bab2 keris.. aku tau juai jer, kalau2 tersilap info maaf noo..!



Hangpa tengok la sendiri. Layannn...!



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian mesra 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Creamer Nikko For Sale RM 30



Creamer nikko untuk di jual RM 30 menarik untuk hiasan atau sebagainya dan di bawah imej lebih dekat lagi.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian mesra 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Tandok Rusa For Sale RM 180


Apa natang nie..! tandok rusa la..! benda ni pun aku juai tapi ni bukan hak baru aku p buru kat hutan ! ni lama punya tandok rusa. Kalau perasan filem melayu kita mesti ada tandok rusa ni kat dinding buat gantung baju "perdekar mustar" . Harga pasaran antik kita ada juga sampai mencecah 1k bergantung pada saiz.

Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian mesra 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Wednesday, January 27, 2010

Creamer Pot For Sale RM 30


Creamer pot untuk di jual RM 30 menarik untuk hiasan atau pelengkap hiasan anda.



Bagi yang berminat sila call aku bila-bila masa di talian mesra 013-3660616 atau emai eisantique@rocketmail.com.

Monday, January 25, 2010

BEZA STERIKA ORI DAN STERIKA PENIPU..!



Hari ini aku nak berkongsi cerita sedikit dengan hangpa semua, anda semua biasa kan nampak sterika seperti dalam gambak ni..! Semacam dah perkara wajib bagi yang mula2 nak mengenali dunia antik sterika la antara item yang suka di cari dulu. Keluar la kisah dulu di kampung ada , tok dok guna dulu, dah hilang la p juai kat kedai botoi la. Itu sebahagian cerita jer...! macam2 lagi cerita sedih sang sterika ni. Gambak atas ni adalah sterika tembaga yang ori digunakan di Malaya pada masa dulu lepas merdeka pun masih ada lagi digunakan.





Kebiasaanya nya sterika yang digunakan mesti ada cop tulisan cina disebelah belakang seingat aku, tu nama kedai dobi apek dan juga nama company. Cop tu dibuat berasingan dengan sterika dan di lekatkan. Cop tu pun biasa nya daripada tembaga. Sebelum kedatangan sterika tembaga sterika daripada besi telah pun digunakan dahulu oleh kerana tidak tahan, paham aje la besi bertemu dengan panas bara dalam sterika maka selalu juga la di bahagian tapak sterika besi berlubang sebab tu kemudian nya ditukarkan dengan tembaga agar lebih tahan lama. Kalau tak percaya kalau ada jumpa sterika besi cuba tengok dibahagian tapak biasanya berlubang sedikit tapi ada sesetengah tu memang elok tapi jarang jumpa yang besi, lagi pun tak banyak yang minat kalau dibandingkan dengan sterika tembaga sebab besi tak "handsome" nampak berkarat teruk. Itu pandangan aku la.





Dek kerana peminat terhadap sterika ni tinggi dan juga permintaan barang2 tembaga maka terkeluar la sterika "malaun" ni dari indon tempat yang penuh dengan hasil seni dan benda2 lama termasuk la yang reproduction. Di market antik kita sekarang ni memang berlambak sterika jenis ini ada yang bersaiz kecil, besar, berat, hatta yang jenis ringgan pun ada. Betapa terrer nya depa ni bab2 repro barang lama. Sterika diatas badannya ada gambak naga, ada yang nampak macam real dan tak kurang juga nampak macam gambak kartun. Selain jenis ini ada juga jenis yang lain termasuk la macam sterika tembaga yang awal tadi aku cerita tapi cop dibahagian belakang tu tak ada agaknya depa terlupa nak buat " moul " . Itu salah satu yang kita boleh tau ori atau tidak.





Satu lagi kalau hangpa nak tau kebiasaanya barang2 tembaga dari indon depa akan sapu dengan sejenis warna coklat seakan akan nampak tembaga tu dah lama dan nampak kusam, cuba hangpa perhatikan gambak atas dan bawah ni. Kalau ini la yang hangpa jumpa awas..! itu barang tembaga tipu bukan ori. Maaf cakap bukan aku nak peleceh hangpa semua yang dok collect barang2 tembaga tapi itu kebenaran memang betul. Kadang2 ada orang dok bangga kata ada banyak collect barang2 tembaga bersepah kat rumah penuh almari katanya. Sekali bila kita p tengok heemm hampehh..! barang repro itu yang dikatakan lama. Adat orang melayu tak kan nak jatuh kan air muka kawan pulak buat2 kata cantik aje la awak punya koleksi memang cun..! Kalau aku secara peribadi memang aku tak pungut tembaga yang repro ni merosakkan market antik kita aje kat Malaya ni tapi kalau yang saja suka2 nak beli minat sebab cantik itu terserah la masing2 ada pandangan tersendiri. Aku sekadar beri pandangan secara ikhlas dan jujur tak ada niat nak sakit kan hati sesiapa. Tapi ini la hakikatnya terutama orang2 kita kat Malaya ni mudah sangat tertipu dengan peniaga yang cuba mengambil kesempatan atau sesetengah peniaga tu mungkin juga tidak tahu yang barang tu repro..! tapi kalau dia tahu tapi pura2 tak paham luu piikirrr...! la sendiriii......!



Sunday, January 24, 2010

AHAD YANG CERIA..!


Assallammualaikum wbt serta salam ceria di hari ahad bagi semua kang kawan diluar sana. Hari ini genap seminggu blog "eisantique" berada di alam maya. Segala barang yang hendak aku juai aku cuba beri sebaik mungkin harga pada kang kawan semua dan segala info apa yang aku tahu serba sedikit dalam dunia antik ini aku cuba berikan, tetapi masing-masing ada juga pendapat tersendiri tapi niat dihati ingin sama2 berkongsi pandangan walaupun adakalanya kata2 aku dalam blog ni agak sinis dan kadang2 seperti terkasar bahasa, tapi niat di hati aku ikhlas dan berterus terang dalam apa juga yang hendak aku katakan samada berkenaan barang yang hendak dijual ataupun koleksi aku sendiri. Walaupun pahit hendak terima satu2 kenyataan itu tetapi kita harus terima juga untuk pengajaran bersama.


Terima kasih kerana sokongan kang kawan semua kerana menceria kan lagi blog " eisantique " ini. " eisantique " akan cuba mencari sebaik mungkin barang2 lama dan info untuk kang kawan diluar sana.

Wassallam.

Sunday, January 17, 2010

Tempayan Naga For Sale

Tempayan naga sekitar 50an untuk dijual rm 180 masih elok tidak retak dan tidak ada kesan garis, menarik jika dibuat hiasan laman atau letak tanaman air seperti kiambang untuk seri laman anda