Friday, September 17, 2010

KOLEKSI KALENDAR CARDBOARD CAPSTAN 40S

Koleksi kalender cardboard capstan 1940an...satu lagi jenama rokok yang terkenal suatu ketika dahulu. Condition kalendar nie pada aku masih lagi cantik sebab gambaq serta tulisan masih lagi jelas kelihatan. Kalau hendak dibandingkan dengan material cardboard dan agak lama usianya sudah tentu condition tidak lagi elok atau pun sudah terkoyak. Cuma yang kurangnya disini nombor kertas pada kalendar saja dah di koyak habis dan semestinya yang menarik pada pandangan aku adalah tulisan jawi dan cina pada kalendar capstan tersebut. Saiz kalendar nie memang besaq dan panjang. Sesiapa yang collct barang2 jenama rokok pasti ada dalam koleksi mereka kalau tidak ada ibarat makan nasi tak dak ayaq..tercekik la jawabnya..!

Ada rakan2 bertanya kan pada aku "dah banyak barang untuk sendiri sekarang" !. Untuk pengetahuan hangpa semua dalam koleksi aku tidak la begitu banyak seperti collectr2 yang lain cuma mungkin hangpa perasan sekarang sejak kebelakangan ni setiap hari aku ada selitkan cerita mengenai koleksi aku selain barang2 yang hendak di juai..Sebenarnya aku agak sibuk dan tidak dapat hendak entry barang2 yang hendak di juai secara banyak seperti selalu jadi di selitkan cerita mengenai koleksi aku agar pengunjung blog sentiasa dapat melihat barang baru setiap hari bukan nak tunjuk bangga dengan apa yang aku ada. Bak kata kawan aku pun "lebih baik collct secara senyap" itu lebih bagus.. Selepas ini insyallah akan beroperasi seperti biasa. Bukan senang bang dan kakak2 semua hendak "mainten" ranking dalam blog agar sentiasa di kunjungi para pelayar internet semua..kita perlu ada barang ataupun info yang boleh di kongsi bersama. Setakat ini alhamdullilah strategi aku dan sokongan hangpa semua blog "eisantique" pada aku boleh di kira berjaya menarik minat ramai para collctr dan pengunjung seluruh dunia.

Sememagnya tahun ini aku yang punya..! amimmnnnn...........!






Tea Set For Sale RM 80

N3 ULANGAN

Tea set untuk di jual RM 80, condition cantik dan bersih. Khas bagi yang mengemarinya.




Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616. (NO SMS PLEASE).