Sunday, November 14, 2010

ORIGINAL POSTER BUJANG LAPOK DALAM KENANGAN


Sekadar berkongsi cerita dengan hangpa semua..! flyers filem "BUJANG LAPOK" original...di kalangan collctr film melayu poster di atas biasa sahaja..! Poster ini dok tempek kat pokok suatu ketika dahulu ataupun di edarkan.  Dalam aku dok mengemas kedai dan memunggah barang2 dalam kotak yang dah lama terperam sampai aku sendiri pun dah lupa apa yang ada dalam kotak.maka aku terjumpa sekeping gambaq yang pernah aku ambil suatu ketika dulu.

Sebenarnya antara koleksi yang terawal masa aku mula2 terjebak dengan dunia koleksi ini adalah berkaitan dengan filem2 melayu kita di malaya khususnya selain barang2 merdeka,  tidak kira sama ada majalah, poster2 filem, foto2 artis dahulu, buku lagu dalam tulisan jawi dan pelbagai lagi yang bersangkut paut dengan filem melayu kita dan semestinya yang asli, cuma agak terkilan sedikit aku tidak mengambil (snap foto) gambak2 tersebut untuk di buat rujukan seperti hari ini. Seingat aku 11 tahun lepas koleksi2 filem ramai collctr terdiri daripada golongan2 korporat golongan biasa tidak seberapa ramai seperti sekarang. Mungkin colectr muda ketika ini sewaktu 11 tahun yang lepas masih hingusan di bangku sekolah lagi tidak mengetahui apa2 tentang dunia koleksi cuma sekarang ini agak kurang cerdik sikit tapi nak tunjuk pandai..! kasihan..kasihan..!

Antara koleksi poster2 film original yang pernah ada dalam simpanan aku..musang berjanggut, hang tuah, bujang lapok, sumpah orang minyak, gerak kilat,  nujum pak belalang dan beberapa lagi yang aku tidak berapa ingat. Agak lama juga aku menyimpan hingga suatu ketika kena pada masanya aku juai pada tangan2 collctr yang hebat. Aku tau ada "si luncai" di luaq sana tidak suka dengan ayat aku ini..."memang koleksi yang menguntungkan aku" mengalahkan rekod saloma 10 inci yang aku juai tempoh hari.

Jadi disini untuk menjadi seorang pengumpul koleksi film yang hebat atau lebih tepat lagi jika ingin mengumpul poster film lama yang "rare" collect lah poster film melayu lebih2 lagi filem p. ramlee lebih tinggi value nya seperti aku habak kan tadi ataupun banyak lagi poster film melayu yang lebih hebat daripada koleksi yang pernah berada dalam simpanan aku suatu ketika dahulu sebab anda hanya akan dapati di Malaya atau di singapura sahaja bukan di hollywoodddd....!!

Aku pasti tika ini ramai collectr2 film yang hebat di luar sana dan kalau di ikutkan harga pasaran semasa sekarang ini,  boleh tahan nilai nya..!! cuma yang agak malangnya di sini beberapa collectr muda yang lebih "kepoh" dengan koleksi poster film barat ! kalau di tanya kan pada jiran sebelah rumah  aku biasa nya dia buat balut kacang putih..! tentu hangpa pernah melihat nya bukan !! di gulung2 seperti "kon" dan di letak kan kacang putih atau kacang rebus..sabooo jer larr..!!

Thermometer For Sale RM 200

Thermometer  lama jenama ubat untuk di jual RM 200 (HARGA TETAP). Khas bagi yang mengemarinya sebagai hiasan dinding atau sebagainya.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 dan setiap item yang terjual RM 10 akan di ambil dari hasil jualan untuk tujuan amal. (NO SMS PLEASE).

Rekod For Sale RM 80

Piring hitam untuk di jual RM 80, keluaran life record. Condition rekod cantik.




Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616. (NO SMS PLEASE).