Friday, March 12, 2010

KOLEKSI DAN INFO


Koleksi cawan kopitiam yang ada dalam simpanan aku setakat ni..kebanyakkan cawan kopitiam yang aku ada belum complete set lagi dan sebelum ini pun aku tak berapa serius cari so lepas ni memang aku kena fokus untuk set kopitiam ni. Bukan senang nak dapat kan compelte 6 cawan kesemuanya tapi bila dah cukup set.. dunia ni bagaikan kita yang punya..!



Setahu aku la cawan2 kopitiam ini dulu memang tidak ada jual di kedai2 pinggan mangkuk pada masa dulu hanya di beri pada tokey2 kedai sahaja itu pun tidak semua kedai dapat.



Beberapa tahun sudah cawan2 kopitiam ni masih boleh dapat dengan harga yang murah sekarang ! jangan harap kurang2 sepasang cawan dgn lapik pun ada sampai 100 lebih..tetapi rezki siapa yang tau..! kalau bernasib baik boleh dapat murah, seperti cawan life guard 70s di atas ni..aku dapat harga rm 8 jer..dan cawan brand yang sama aku pernah beli sepasang rm 80..bayangkan berapa punya beza harga aku beli dengan brand yang sama.



Cawan race horse tea, antara yang biasa aku pernah nampak selang beberapa tahun dulu di penang tapi masa tu tak serius kat cawan kopitiam ni kalau tidak pasti aku dah dapat set untuk brand ini..la ni baru nak cari..jahanamm...!



Bagi aku itu la seronok nya dunia koleksi ni sebab cabaran nak dapat kan satu2 barang tu menuntut kesabaran yang amat sangat..secara peribadi aku ni memang seorang panas baran dulu..tapi bila dah terjebak dengan dunia koleksi ni secara tidak langsung mengajar aku erti kesabaran samada mencari barang atau pun kehidupan seharian.



Set cawan kopitiam ni rojak..! cawan dan lapik lain cuma boleh match kan sebab warna sama. Tengah men cari2 tak dapat lagi.



Cawan2 kopitiam ni pun kalau tak cukup set menarik juga kalau letak dalam showcase satu2 brand bagi penuh almari, sebab aku pernah tengok seorang collector buat memang cun..! tak percaya hangpa cuba..kalau ada set dah tentu la lagi cun mele cun..!



Di atas ni cawan kopitiam swan milk tak pasti tahun berapa kalau tak silap 40s kena refer otai firdauz kat malayaayerlamement. Cawan swan ni made in england.



Set kopitiam ni pun rojak juga..cuma boleh match untuk sementara waktu.



Akhir kata sama2 la kita memeriah kan lagi dunia koleksi antik di Malaya ini terutama nya koleksi untuk keluaran di negara kita suatu masa dahulu daripada kita banggakan koleksi dari luar negara. Sapa lagi yang hendak menaikkan mertabat barang2 lama ini kalau bukan kita para pecinta dunia koleksi antik di Malaya ini.