Monday, September 13, 2010

KOLEKSI BOTOL EMBOSS I.A.W.F. PENANG 30AN

KOLEKSI BOTOI EMBOSS YANG BARU AKU DAPAT...!

Aku hendak berkongsi cerita sedikit dengan hangpa semua..lebih2 lagi geng2 botologi..! Aku rasa ramai di kalangan botoi dah tau botoi nie dan mungkin juga hangpa semua ada banyak tersimpan di belakang rumah untuk di kutip..botoi IPOH AERATED WATER FACTORY PENANG (I.A.W.F.) keluaran 1930an.

Botoi nie aku dapat di Simpang Taiping semalam sewaktu menziarah dan berhari raya di rumah rakan aku ! yang best nya sewaktu mendapatkan botoi nie bukan lah sessi p mengorek, memburu atau pun "menjember" istilah2 bro megatbobber..!! dan ahli botologi.. tapi sessi mencangkul di belakang rumah kawan aku semasa tok wan nya hendak bercucuk tanam dikebun belakang rumahnya, tiba2 timbul si botoi malaun nie..! nasib baik tok wan kawan aku tak p katuk kasi pecah..kalau tidak dapat serpih ajer lar..

Condition botoi nie pada aku masih lagi handsome walau pun aku belum bersihkan lagi. Tulisan serta gambaq embos pada botoi masih lagi jelas kelihatan kalau hendak di bandingkan sudah tertanam dalam tanah buat sekian lamanya kalau manusia timbul dah tentu tinggal tengkorak jer..! tapi botoi bila timbul dari tanah tetap juga rupa botoi..emmm..kadang2 aku terpikiq botoi lagi baguih sebab tak kena seksa di alam kubur berbanding manusia..(sekadar imaginasi aku sahaja) apa2 pun manusia itu se baik2 makhluk yang tuhan cipta di muka bumi ini.

Sememang nya semalam bukan sahaja aku p menziarah kawan berhari raya tapi dapat makan ketupat dengan rendang tok yang sedap !!! tetapi dapat botoi "ppree" pemberian tok wan kawan aku..aduhh..indahnya..! rasa macam nak peluk jer tok wan tuu.semalam....! tak payah keluaq duit apa pun ! rezki rezkii..

P/S: Botoi nie kalau blogger ayah aiman dan big coke tengok tentu hantuk kepala kat dinding kalau big coke tentu hantuk kepala kat kabin kapal ataupun terpaksa telan panadol asprin agaknya..!