Monday, September 27, 2010

SUMBANGAN

SUMBANGAN

Sekadar berkongsi cerita dengan anda semua..semalam setelah aku selesai solat isyak bersama askar2 aku di masijd tempat aku, ada seorang hamba allah duduk di bahagian belakang bersama seorang anak lelaki memohon sumbangan untuk merawat penyakit beliau serta anaknya yang mengalami masalah jantung berlubang..Seorang mualaf yang telah peluk islam. sempat juga aku bertanya beberapa soalan pada beliau..

Katanya beliau tidak ada tempat tinggal hanya menyewa di rumah tumpangan setiap hari, isteri kata nya sudah tidak ada lagi..tidak pasti sudah meniggal atau sebaliknya..memang kasihan aku melihat anak nya..habis tangan2 bibir malah kelopak mata ke biru biruan tapi dah fitrah anak2 kecil..memang aku nampak anak nya aktif macam tidak ber penyakit. Kebetulan pula rumah aku dengan jarak masjid tidak jauh..balik rumah ambil sedikit wang dari hasil jualan tabung amal "eisantique" aku dan juga anda yang membeli barang2 aku di dalam blog untuk meringan kan sedikit beban saudara baru kita ini. Bagi anda yang ingin membantu samada dari segi kewangan atau apa saja boleh hubungi beliau di talian 010-4241568 nama beliau Muhammad Eddie Chin Abdullah. Nama anak beliau Muhammad Fendi Eddie Chin berumur 5 tahun. Aku termenung sejenak..betapa bertuah nya aku ! walaupun hutang keliling pinggan tapi tuhan hanya uji sedikit saja itu pun kadang2 mengeluh..insan lain lagi hebat di uji oleh allah mungkin anda juga begitu..

Semoga kita sama2 dapat menafaat di sebalik peristiwa ini untuk ikhtbar diri kita bersama.

Wassallam.

3 comments:

  1. as'kum eis, baik sungguh hati awak. Sebagai seorang islam memang itulah yang patut kita lakukan terutamanya beliau seorang mualaf yang perlu diberi perhatian. kalau di T'ganu ni sudah tentu beliau mendapat bantuan yang sewajarnya.Pihak MAIDAM ada menyediakan tempat tinggal untuk mereka yang begini.Beliau bole dtg ke pejabat PERKIM K.T'ganu.

    ReplyDelete
  2. waalaikumslm ainzuryn..! ada ketika kita selalu terlupa apa yang ada pada kita bukan hak kita seorang..ada juga hak orang lain yang memerlukan..!

    ReplyDelete
  3. Salam..saya ingin memaklumkan bahawa saudara Muhammad Eddie Chin Abdullah telah kembali ke rahamatullah pada 27 May 2011 (Jumaat). Sama2 lah kita sedekahkan Alfatihah buat arwah dan doakan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman. buat sementara waktu, anak beliau Muhammad Fendi Eddie Chin kini berada dalam jagaan kami sekeluarga.

    ReplyDelete