Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 dan setiap item yang terjual RM 10 akan di ambil dari hasil jualan untuk tujuan ama. (NO SMS PLEASE).
Wednesday, September 29, 2010
Set Meiken For Sale RM 280
Tea set meiken untuk di jual RM 280, itu saja set yang ada. Menarik bagi yang mengemarinya.


Tea Set For Sale RM 90
Monday, September 27, 2010
SUMBANGAN
SUMBANGAN
Sekadar berkongsi cerita dengan anda semua..semalam setelah aku selesai solat isyak bersama askar2 aku di masijd tempat aku, ada seorang hamba allah duduk di bahagian belakang bersama seorang anak lelaki memohon sumbangan untuk merawat penyakit beliau serta anaknya yang mengalami masalah jantung berlubang..Seorang mualaf yang telah peluk islam. sempat juga aku bertanya beberapa soalan pada beliau..
Katanya beliau tidak ada tempat tinggal hanya menyewa di rumah tumpangan setiap hari, isteri kata nya sudah tidak ada lagi..tidak pasti sudah meniggal atau sebaliknya..memang kasihan aku melihat anak nya..habis tangan2 bibir malah kelopak mata ke biru biruan tapi dah fitrah anak2 kecil..memang aku nampak anak nya aktif macam tidak ber penyakit. Kebetulan pula rumah aku dengan jarak masjid tidak jauh..balik rumah ambil sedikit wang dari hasil jualan tabung amal "eisantique" aku dan juga anda yang membeli barang2 aku di dalam blog untuk meringan kan sedikit beban saudara baru kita ini. Bagi anda yang ingin membantu samada dari segi kewangan atau apa saja boleh hubungi beliau di talian 010-4241568 nama beliau Muhammad Eddie Chin Abdullah. Nama anak beliau Muhammad Fendi Eddie Chin berumur 5 tahun. Aku termenung sejenak..betapa bertuah nya aku ! walaupun hutang keliling pinggan tapi tuhan hanya uji sedikit saja itu pun kadang2 mengeluh..insan lain lagi hebat di uji oleh allah mungkin anda juga begitu..
Semoga kita sama2 dapat menafaat di sebalik peristiwa ini untuk ikhtbar diri kita bersama.
Wassallam.
Sunday, September 26, 2010
Tea Set For Sale RM 90
Saturday, September 25, 2010
Tea Set For Sale RM 90
Friday, September 24, 2010
Tea Set For Sale RM 90
Thursday, September 23, 2010
Cawan For Sale RM 40
Tuesday, September 21, 2010
Gambar Agong Ke 3 Malaysia For Sale RM 300
Gambar Agong ke 3 Malaysia (Perlis) untuk di jual RM 300, Condition seperti yang dilihat. Terima kasih info yang sepantas kilat di berikan oleh rakan2 di luaq sana. terima kasih sekali lagi..!
Gambar ber frame untuk di jual RM 300, aku tak tau gambak Sultan negeri mana..tapi aku dapat nie di selatan tanahair. Condition seperti yang di lihat. Menarik bagi meminati gambaq2 lama. Mungkin hangpa di luaq sana ada info berkenaan gambaq ini.
Gambar ber frame untuk di jual RM 300, aku tak tau gambak Sultan negeri mana..tapi aku dapat nie di selatan tanahair. Condition seperti yang di lihat. Menarik bagi meminati gambaq2 lama. Mungkin hangpa di luaq sana ada info berkenaan gambaq ini.
Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 dan setiap item yang terjual RM 10 akan di ambil dari hasil jualan untuk tujuan amal. (NO SMS PLEASE).
Tea Set For Sale RM 80
Tea set untuk di jual RM 80, condition seperti yang di lihat. Seingat aku cawan kekwa hitam nie cukup payah nak dapat ! teko memang berlambak.. pada aku lar..Itu sahaja yang ada.
Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 dan setiap item yang terjual RM 10 akan di ambil dari hasil jualan untuk tujuan amal. (NO SMS PLEASE)
Monday, September 20, 2010
Tea Set For Sale RM 130
Coffee Set Geisha For Sale RM 280
Saturday, September 18, 2010
Medal For Sale RM 350
Pingat (medal) untuk di jual RM 350, pingat " Peringatan Malaysia 16 September 1963". Condition cantik bersekali dengan bekas, seperti yang anda lihat. Khas bagi yang mengemari medal2 lama.
Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 dan setiap item yang terjual RM 10 akan di ambil dari hasil jualan untuk tujuan amal. (NO SMS PLEASE).
Medal (Silver) For Sale RM 250
Friday, September 17, 2010
KOLEKSI KALENDAR CARDBOARD CAPSTAN 40S
Koleksi kalender cardboard capstan 1940an...satu lagi jenama rokok yang terkenal suatu ketika dahulu. Condition kalendar nie pada aku masih lagi cantik sebab gambaq serta tulisan masih lagi jelas kelihatan. Kalau hendak dibandingkan dengan material cardboard dan agak lama usianya sudah tentu condition tidak lagi elok atau pun sudah terkoyak. Cuma yang kurangnya disini nombor kertas pada kalendar saja dah di koyak habis dan semestinya yang menarik pada pandangan aku adalah tulisan jawi dan cina pada kalendar capstan tersebut. Saiz kalendar nie memang besaq dan panjang. Sesiapa yang collct barang2 jenama rokok pasti ada dalam koleksi mereka kalau tidak ada ibarat makan nasi tak dak ayaq..tercekik la jawabnya..!
Ada rakan2 bertanya kan pada aku "dah banyak barang untuk sendiri sekarang" !. Untuk pengetahuan hangpa semua dalam koleksi aku tidak la begitu banyak seperti collectr2 yang lain cuma mungkin hangpa perasan sekarang sejak kebelakangan ni setiap hari aku ada selitkan cerita mengenai koleksi aku selain barang2 yang hendak di juai..Sebenarnya aku agak sibuk dan tidak dapat hendak entry barang2 yang hendak di juai secara banyak seperti selalu jadi di selitkan cerita mengenai koleksi aku agar pengunjung blog sentiasa dapat melihat barang baru setiap hari bukan nak tunjuk bangga dengan apa yang aku ada. Bak kata kawan aku pun "lebih baik collct secara senyap" itu lebih bagus.. Selepas ini insyallah akan beroperasi seperti biasa. Bukan senang bang dan kakak2 semua hendak "mainten" ranking dalam blog agar sentiasa di kunjungi para pelayar internet semua..kita perlu ada barang ataupun info yang boleh di kongsi bersama. Setakat ini alhamdullilah strategi aku dan sokongan hangpa semua blog "eisantique" pada aku boleh di kira berjaya menarik minat ramai para collctr dan pengunjung seluruh dunia.
Sememagnya tahun ini aku yang punya..! amimmnnnn...........!
Tea Set For Sale RM 80
Thursday, September 16, 2010
KOLEKSI ROKOK MERDEKA BUATAN MALAYA
Koleksi rokok versi "MERDEKA" ...!! buatan MALAYA.. tentu hangpa biasa lihat gelas, buku, dokumen, gambaq dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan merdeka. Tapi aku pasti tak ramai di kalangan collectr rokok mahupun collctr barangan merdeka ada rokok nie kalau ada pun condition tidak elok atau pun tinggal kertas sahaja untuk di frame.
Rokok merdeka yang ada pada aku nie masih belum di gunakan lagi dan terdapat 20 batang rokok di dalamnya..tentu ber "denggung" kalau hangpa hisap stim 24 jam..!!! Info berkenaan rokok merdeka nie aku belum dapat lagi tapi mungkin di keluarkan semasa ataupun sebelum merdeka dan yang pastinya aku rasa inilah rokok paling mahal kat negara kita sekarang nie..sudah cukup merabakkan duit aku time raya nie..apa boleh buat hendak dapatkan barang yang tak ramai collctr ada kena la mampu beli dan tak kedekut maksud aku ramai di kalangan collctr nak barang best tapi nak murahh..! Pppiirraa..! cari sendiri lar. Kalau ada yang nak beli rokok nie boleh juga..sebatang rm100 hangpa kali dengan 20 batang ! hangpa kira lar berapa..ada branii..?? dan kalau begini la harga rokok di pasaran sekarang sudah tentu bukan ramai lagi tapi langsung tak dak sapa yang berani merokok..kan senang.!! tak payah nak kempen macam2 untuk henti merokok..mengarut semua tuu..!
Bagi collctr kotak2 rokok atau sewaktu dengan nya serta collctr barangan merdeka, perlu ada untuk melengkapkan set anda.
Monday, September 13, 2010
KOLEKSI BOTOL EMBOSS I.A.W.F. PENANG 30AN
KOLEKSI BOTOI EMBOSS YANG BARU AKU DAPAT...!







Aku hendak berkongsi cerita sedikit dengan hangpa semua..lebih2 lagi geng2 botologi..! Aku rasa ramai di kalangan botoi dah tau botoi nie dan mungkin juga hangpa semua ada banyak tersimpan di belakang rumah untuk di kutip..botoi IPOH AERATED WATER FACTORY PENANG (I.A.W.F.) keluaran 1930an.
Botoi nie aku dapat di Simpang Taiping semalam sewaktu menziarah dan berhari raya di rumah rakan aku ! yang best nya sewaktu mendapatkan botoi nie bukan lah sessi p mengorek, memburu atau pun "menjember" istilah2 bro megatbobber..!! dan ahli botologi.. tapi sessi mencangkul di belakang rumah kawan aku semasa tok wan nya hendak bercucuk tanam dikebun belakang rumahnya, tiba2 timbul si botoi malaun nie..! nasib baik tok wan kawan aku tak p katuk kasi pecah..kalau tidak dapat serpih ajer lar..
Condition botoi nie pada aku masih lagi handsome walau pun aku belum bersihkan lagi. Tulisan serta gambaq embos pada botoi masih lagi jelas kelihatan kalau hendak di bandingkan sudah tertanam dalam tanah buat sekian lamanya kalau manusia timbul dah tentu tinggal tengkorak jer..! tapi botoi bila timbul dari tanah tetap juga rupa botoi..emmm..kadang2 aku terpikiq botoi lagi baguih sebab tak kena seksa di alam kubur berbanding manusia..(sekadar imaginasi aku sahaja) apa2 pun manusia itu se baik2 makhluk yang tuhan cipta di muka bumi ini.
Sememang nya semalam bukan sahaja aku p menziarah kawan berhari raya tapi dapat makan ketupat dengan rendang tok yang sedap !!! tetapi dapat botoi "ppree" pemberian tok wan kawan aku..aduhh..indahnya..! rasa macam nak peluk jer tok wan tuu.semalam....! tak payah keluaq duit apa pun ! rezki rezkii..
P/S: Botoi nie kalau blogger ayah aiman dan big coke tengok tentu hantuk kepala kat dinding kalau big coke tentu hantuk kepala kat kabin kapal ataupun terpaksa telan panadol asprin agaknya..!
Subscribe to:
Posts (Atom)