Sunday, March 21, 2010

KOLEKSI ATAU JUAL...?


Hari ini aku nak berkongsi cerita sikit dengan hangpa semua tentang set2 pinggan mangkuk yang hangpa dok berebut2 collect sekarang nie. Kalau hang pa tanya aku pasal benda2 macam ni ! sepatah haram pun aku tak tau maksud aku dari segi bunga ker, keluaran apa, kalau yang ini jenis nya begini begitu..memang aku tak ambil pot cuma yang aku tau nak juai..! mungkin juga kerana aku tak fokus pada barangan kaca sebab konsep aku lebih ter arah kepada konsep kopitiam tapi tidak la bermakna aku nak peleceh apa yang hangpa collect masing2 punya minat dan hobi tersendiri. Itu aku memang respect kat hangpa yang main barang kaca nie be rebut2 nak lengkapkan masing2 punya koleksi sampai ada pukul 4 pagi pun boleh call aku dan tak kurang juga ada yang on line kadang2 aku nak gelak pun ada. Tapi itu la seronok nya dunia koleksi ini seribu satu macam perangai termasuk la aku pun sama jugak macam korang.

Itu semua aku tak kisah sangat hangpa nak call aku bila2 pun boleh itu tandanya hangpa beri sokongan pada blog aku..pada pandangan aku lar ! kena berfikiran positif dak gitu..! Dalam aku dok juai barang2 kaca nie sikit demi sikit aku pulak dah naik syok. Ini semua hangpa punya pasal aku pun dah mula terjebak..Sebelum nie aku pernah tanya seorang blogger pernah tak terjumpa set nie dengan tureen nya sekali ? jawabnya tak pernah pulak nampak ! aku sendiri pun tak pernah nampk tureen untuk set nie semenjak 10 tahun aku ber kecimpung dalam dunia barang burok nie atau mungkin juga aku tak fokus pada benda2 macam ni dulu itu sebabnya tak pernah nampak..entah2 kat rumah hangpa semua bersepah..! Itu tak kisah la janji aku dah ada set yang mungkin hangpa semua berlambak ada di rumah untuk set nie..memang gerak hati aku kuat aku pasti dapat tureen ni..ya ! memang betoi rezki aku dapat semalam. Apa ayat selalu hangpa guna ? KEDAI APEKK...! ya betoi aku dapat di kedai amoi cun mele cun..! apek aku tak layan. Dan ini la hasil nya..........


LAMBAIAN SI POHON KELAPA..!






Ini lah bapak si pohon kelapa yang mungkin bersepah ada di rumah hangpa semua betoi tak yatt..!




Tureen si pohon kelapa nie pada aku harus wajib ada pada collectors yang mengumpul set nie..kalau tidak ibarat "makan nasi tak berkuah rasa nya" betoi tak kak nor64 ! nak kata nak juai sayang la pulak semua ni dah berjangkit virus kat hangpa la nie..! Tapi kalau ada yang berani nak meminang mas kahwin nya seribu serba satu..! atau aku akan simpan bagi complete set. Jadi la ada jugak satu nie..asyik menjual aje..! Anda bila lagiii..! Ok la aku pun dah tak tau nak goreng apa lagi nie, hangpa layan ajer la gambak si pohon kelapa tu..!








suasana..yang indah dan permai..
pohonnn niyur yang melambaiii..!
suara alam mendayu meresap jiwa ku
bagai hati yang pilu dan merayu...!

bait2 baris lagu kumpulan flybaits..anda pernah dengak..!




4 comments:

  1. salam eis..wahhhhhhhhhhhhhhhhhh
    tureen poko klapak mmg meruntum jiwaku..hantaran nya kompem setaraf anak mummy nieh.....

    ReplyDelete
  2. biasa jer..mmg saya x pernah nampak tureen pokok kelapa ni..mmg saya nak sangat tau atau tngk sapa2 yang ada..mungkin antara tureen yang rare..tup2 sy jumpa jgk tureen kelapak ni

    ReplyDelete
  3. Salam eis..salam kenai dari kak N ni..
    baru follow ja..tgok n3 hang ni..

    kak nak kata la..kak pun sama baru juga duk himpun antik ni..pasai apa..pasai kak duk teringat kenangan lama masa kecik2 dulu aruah tok nek aruah mak kak duk guna..kak pun duk makan dalam pinggan mangkuk cawan lagu antik kita duk himpun ni la..dan la ni susah nak cari dah kan..jadi la kata dia ANTIK dah..kak pun suka simpan tgok seniri..lg kalau pesen bunga hat kak suka..hat tu x juai la pun..mula tu kenai geng blog antik ni la..depa duk himpun sakan.. kak pun lama2 jadi minat sama.. huhu..kak pulak jadi suka himpun dan ada lebih apa salah kita juai kan ka..bagi la kat kawan2 yg x dan pi jumpa APEKS tu kan..dpt la upah duit myak tol kak ni pun..x mahai mereput pun juai..lg pun bukan pesen hat yg susah sgt cari tu..

    Tapi x bulih byak2 pi rompak apek tu pun..sat gi poket kerin x dan nak pusin pulak..kena ada strategi jugak nak beli juai tu..tapi la ni permintaan bulih tahan hang tau..

    Kalau la bulih balik kg kak di kedah sana mesti byak dpt kak hangkut wak balik mai johor tu..tapi jauh sgt la pulak..tapi ada angan2 jugak ni..tunggu ja la..

    Sembang sakan la kak N ni kan..eis kata org jati KL tapi bulih sembang kan...mintak maof la no kalau silap kata kak N ni..

    ReplyDelete
  4. Hai kak N..trima kasih sudi ke blog saya yg x seberapa nie..ya betoi kak..sekarang nie pun tengah hot barang2 kaca nie collectors mcm cendawan baru tumbuh lepas hujan..Tapi pada sy la kak dalam dunia koleksi nie..biar kita utamakan kualiti dr quantiti..sebab ? nak jadi seorang collectors yg hebat kita perlu ada koleksi yg orang susah nak dapat atau org lain x banyak ada ibarat boleh bilang dengan jari..tapi biak yang kita collect tu ada permntaan dalam markrt antik..

    Kalau kita nak himpun sebanyak mungkin barang kaca bagi penuh tesco pun boleh kalau berduit..jgn kata apeks..asoh punya kedai pun boleh di borong...tapi kualiti barang yang kita nak..maksud saya kalau kita ada A dia ni pun ada A, si pulan tu pun ada A...ibarat ramai yang ada A..tapi AA sorang pun x ada..yang AA tu la patut kita buru..itu pandangan saya la kak..antara salah satu ciri2 nak jadi collector yang hebat..ini bkn hendak menunjuk dengan apa yang kita ada..tapi itu la hakikat dunia koleksi. Masa tu la baru syok tengok collectors lain dok nak goreng kita nak beli kita punya brg..mmg best kak..

    ReplyDelete