Sunday, January 24, 2010

AHAD YANG CERIA..!


Assallammualaikum wbt serta salam ceria di hari ahad bagi semua kang kawan diluar sana. Hari ini genap seminggu blog "eisantique" berada di alam maya. Segala barang yang hendak aku juai aku cuba beri sebaik mungkin harga pada kang kawan semua dan segala info apa yang aku tahu serba sedikit dalam dunia antik ini aku cuba berikan, tetapi masing-masing ada juga pendapat tersendiri tapi niat dihati ingin sama2 berkongsi pandangan walaupun adakalanya kata2 aku dalam blog ni agak sinis dan kadang2 seperti terkasar bahasa, tapi niat di hati aku ikhlas dan berterus terang dalam apa juga yang hendak aku katakan samada berkenaan barang yang hendak dijual ataupun koleksi aku sendiri. Walaupun pahit hendak terima satu2 kenyataan itu tetapi kita harus terima juga untuk pengajaran bersama.


Terima kasih kerana sokongan kang kawan semua kerana menceria kan lagi blog " eisantique " ini. " eisantique " akan cuba mencari sebaik mungkin barang2 lama dan info untuk kang kawan diluar sana.

Wassallam.

Sunday, January 17, 2010

Tempayan Naga For Sale

Tempayan naga sekitar 50an untuk dijual rm 180 masih elok tidak retak dan tidak ada kesan garis, menarik jika dibuat hiasan laman atau letak tanaman air seperti kiambang untuk seri laman anda