Friday, March 19, 2010

Cigarettes Tin For Sale RM 30



Tin rokok untuk di jual RM 30, tahun 50an dan 60an menarik untuk hiasan berkonsep kopitiam atau sebagainya.


Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Enamel Sign For Sale 1500


Enamel sign untuk di jual RM 1500, harga tetap jenama rokok embassy england 40s kalau tidak silap aku, besarrrr punyaaa..! original sign untuk pasaran Malaya, saiz aku tak boleh bagi details kat sini sebab ramai sangat lahabau yang buat repro signboard2 lama ni guna besi belakang bonet kereta punya body..jahanam punya lahabau..! Condition seperti apa yang hangpa lihat. Gambak di sebelah kanan tu bukan dah patah tapi terlindung dek benda lain malas aku nak alihkan bukan kecik2 anak..besarrr..punyaaa..!. Enamel sign nie aku ada 2 jadi yang nie boleh juai. Aku punya..! dah tentu lagi ok condition dari yang ini kasi upgred lar yob..! Aku nasihatkan kaki2 yang main signboard atau yang baru2 nak ber jinak2 dalam dunia signboard kalau nak cari yang murah hangpa kena cari sendiri lar kalau bernasib baik memang boleh dapat percaya la cakap aku nie atau pun hangpa boleh order terus art atas metal hangpa nak lukis lin dai (iklan pepsi cola) dengan hangpa duduk sebelah pun boleh di buatkan...ipo mali pnya..30 tahun lagi akan jadi RARE ! kesian kesian... Saranan aku nie bagi yang baru main la..kalau otai signboard setakat sign burok aku ni..! depa tak pandang. Bak kata otai malayaayerlamenet pun "p jahanam la dengan signboard aku nie"

Thursday, March 18, 2010

Cup Set For Sale RM 40


Sepasang cawan untuk di jual RM 40, condition elok tidak pecah atau retak...menarik untuk melengkapkan set anda.



Gambak bawah aku nak pinjam kata2 blogger tersohor pinggan mangkuk "cawan yang kuat menyiku"..agak nya kot !



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Tuesday, March 16, 2010

Balang For Sale RM 80


Balang gula2 untuk di jual RM 80, sekitar 50an material kaca tebal buatan england berukuran tinggi 11 inci setengah, menarik untuk hiasan kopitiam atau sebagainya.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Poscard For Sale RM 30


Poskad untuk di jual RM 30, tahun 50an material paper tebal semacam kad..menarik jika di framekan.


Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Sunday, March 14, 2010

Tray For Sale RM 170


Tray untuk di jual RM 170, condition cantik menarik untuk hiasan dinding bagi yang mengemarinya.



2 imej gambak yang jelas pada tray state express ini.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Saturday, March 13, 2010

Tray For Sale RM 130


Tray untuk di jual RM 130, keluaran minuman vimto 1970an condition seperti apa yang anda lihat. Nak cari condition cun..! yang tu aku tak juai la ada 1 lagi tu aku simpan buat hiasan kedai aku.


Imej tray dengan lebih dekat lagi.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-360616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Friday, March 12, 2010

KOLEKSI DAN INFO


Koleksi cawan kopitiam yang ada dalam simpanan aku setakat ni..kebanyakkan cawan kopitiam yang aku ada belum complete set lagi dan sebelum ini pun aku tak berapa serius cari so lepas ni memang aku kena fokus untuk set kopitiam ni. Bukan senang nak dapat kan compelte 6 cawan kesemuanya tapi bila dah cukup set.. dunia ni bagaikan kita yang punya..!



Setahu aku la cawan2 kopitiam ini dulu memang tidak ada jual di kedai2 pinggan mangkuk pada masa dulu hanya di beri pada tokey2 kedai sahaja itu pun tidak semua kedai dapat.



Beberapa tahun sudah cawan2 kopitiam ni masih boleh dapat dengan harga yang murah sekarang ! jangan harap kurang2 sepasang cawan dgn lapik pun ada sampai 100 lebih..tetapi rezki siapa yang tau..! kalau bernasib baik boleh dapat murah, seperti cawan life guard 70s di atas ni..aku dapat harga rm 8 jer..dan cawan brand yang sama aku pernah beli sepasang rm 80..bayangkan berapa punya beza harga aku beli dengan brand yang sama.



Cawan race horse tea, antara yang biasa aku pernah nampak selang beberapa tahun dulu di penang tapi masa tu tak serius kat cawan kopitiam ni kalau tidak pasti aku dah dapat set untuk brand ini..la ni baru nak cari..jahanamm...!



Bagi aku itu la seronok nya dunia koleksi ni sebab cabaran nak dapat kan satu2 barang tu menuntut kesabaran yang amat sangat..secara peribadi aku ni memang seorang panas baran dulu..tapi bila dah terjebak dengan dunia koleksi ni secara tidak langsung mengajar aku erti kesabaran samada mencari barang atau pun kehidupan seharian.



Set cawan kopitiam ni rojak..! cawan dan lapik lain cuma boleh match kan sebab warna sama. Tengah men cari2 tak dapat lagi.



Cawan2 kopitiam ni pun kalau tak cukup set menarik juga kalau letak dalam showcase satu2 brand bagi penuh almari, sebab aku pernah tengok seorang collector buat memang cun..! tak percaya hangpa cuba..kalau ada set dah tentu la lagi cun mele cun..!



Di atas ni cawan kopitiam swan milk tak pasti tahun berapa kalau tak silap 40s kena refer otai firdauz kat malayaayerlamement. Cawan swan ni made in england.



Set kopitiam ni pun rojak juga..cuma boleh match untuk sementara waktu.



Akhir kata sama2 la kita memeriah kan lagi dunia koleksi antik di Malaya ini terutama nya koleksi untuk keluaran di negara kita suatu masa dahulu daripada kita banggakan koleksi dari luar negara. Sapa lagi yang hendak menaikkan mertabat barang2 lama ini kalau bukan kita para pecinta dunia koleksi antik di Malaya ini.