Sunday, March 14, 2010

Tray For Sale RM 170


Tray untuk di jual RM 170, condition cantik menarik untuk hiasan dinding bagi yang mengemarinya.



2 imej gambak yang jelas pada tray state express ini.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Saturday, March 13, 2010

Tray For Sale RM 130


Tray untuk di jual RM 130, keluaran minuman vimto 1970an condition seperti apa yang anda lihat. Nak cari condition cun..! yang tu aku tak juai la ada 1 lagi tu aku simpan buat hiasan kedai aku.


Imej tray dengan lebih dekat lagi.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-360616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Friday, March 12, 2010

KOLEKSI DAN INFO


Koleksi cawan kopitiam yang ada dalam simpanan aku setakat ni..kebanyakkan cawan kopitiam yang aku ada belum complete set lagi dan sebelum ini pun aku tak berapa serius cari so lepas ni memang aku kena fokus untuk set kopitiam ni. Bukan senang nak dapat kan compelte 6 cawan kesemuanya tapi bila dah cukup set.. dunia ni bagaikan kita yang punya..!



Setahu aku la cawan2 kopitiam ini dulu memang tidak ada jual di kedai2 pinggan mangkuk pada masa dulu hanya di beri pada tokey2 kedai sahaja itu pun tidak semua kedai dapat.



Beberapa tahun sudah cawan2 kopitiam ni masih boleh dapat dengan harga yang murah sekarang ! jangan harap kurang2 sepasang cawan dgn lapik pun ada sampai 100 lebih..tetapi rezki siapa yang tau..! kalau bernasib baik boleh dapat murah, seperti cawan life guard 70s di atas ni..aku dapat harga rm 8 jer..dan cawan brand yang sama aku pernah beli sepasang rm 80..bayangkan berapa punya beza harga aku beli dengan brand yang sama.



Cawan race horse tea, antara yang biasa aku pernah nampak selang beberapa tahun dulu di penang tapi masa tu tak serius kat cawan kopitiam ni kalau tidak pasti aku dah dapat set untuk brand ini..la ni baru nak cari..jahanamm...!



Bagi aku itu la seronok nya dunia koleksi ni sebab cabaran nak dapat kan satu2 barang tu menuntut kesabaran yang amat sangat..secara peribadi aku ni memang seorang panas baran dulu..tapi bila dah terjebak dengan dunia koleksi ni secara tidak langsung mengajar aku erti kesabaran samada mencari barang atau pun kehidupan seharian.



Set cawan kopitiam ni rojak..! cawan dan lapik lain cuma boleh match kan sebab warna sama. Tengah men cari2 tak dapat lagi.



Cawan2 kopitiam ni pun kalau tak cukup set menarik juga kalau letak dalam showcase satu2 brand bagi penuh almari, sebab aku pernah tengok seorang collector buat memang cun..! tak percaya hangpa cuba..kalau ada set dah tentu la lagi cun mele cun..!



Di atas ni cawan kopitiam swan milk tak pasti tahun berapa kalau tak silap 40s kena refer otai firdauz kat malayaayerlamement. Cawan swan ni made in england.



Set kopitiam ni pun rojak juga..cuma boleh match untuk sementara waktu.



Akhir kata sama2 la kita memeriah kan lagi dunia koleksi antik di Malaya ini terutama nya koleksi untuk keluaran di negara kita suatu masa dahulu daripada kita banggakan koleksi dari luar negara. Sapa lagi yang hendak menaikkan mertabat barang2 lama ini kalau bukan kita para pecinta dunia koleksi antik di Malaya ini.

Wednesday, March 10, 2010

Double Side Tin Sign For Sale RM 250

Tin sign untuk di jual RM 250, RC cola double side keluaran 70an, condition baru belum di gunakan (NOS). Menarik jika di buat hiasan dinding atau bagi yang mengemari konsep kopitiam sangat bersesuai dengan sign ni..siapa yang belum ada la..


Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian mesra 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Tuesday, March 9, 2010

Bekas For Sale RM 40


Bekas untuk di jual RM 40, aku pun tak tau bekas untuk apa ni ..! mungkin hang pa lagi ariff..!



Bekas ni bersekali dengan lapik yang dah tersedia melekat.



Imej dengan lebih dekat lagi dan gambak bawah cop buatan japan.



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa ditalian mesra 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Sunday, March 7, 2010



SALAM KECERIAAN AHAD



Sedar tidak sedar sudah 1 bulan lebih blog aku ni sudah beroperasi dan sambutan yang di berikan amat di luar jangkaan, ini semua atas hasil sokongan anda yang tidak putus2 di luar sana samada yang membeli atau tidak, yang mengunjungi blog aku ni, yang memberi komen membina dan sebagainya...terima kaseh aku ucapkan dan aku akan cuba mencari barang2 samada di pesan atau sebaliknya dengan sebaik mungkin dan sudah tentu harga yang amat2 sangat memainkan peranan walau apapun terima kaseh kerana kebanyakkan anda memahami situasi aku mencari barang burok ni..!

Hendak melayan semua kehendak anda sudah tentu tidak dapat aku penuhi semuanya, mintak maaf kalau2 ada yang berkecil hati atau mungkin juga ada yang merajuk dan marah. Aku cuba apa yang termampu itu sahaja. Bagi pandangan aku dalam dunia antik ni..kalau kita berkendak kan sesuatu barang dan kita dah nampak barang tu jangan tunggu lama terus sambar..atau kalau dalam blog terus call jangan dok sms atau email situ hangpa semua dah rugi masa untuk dapat kan barang, sudah nya "mak bonda" lain yang kebas. Aku habak ni atas pengalaman aku mencari barang2 ni la.

Satu lagi aku nak habak pada anda semua barang2 yang aku posting setiap hari tidak di booking dulu sebelum posting itu style aku..mungkin sesetengah blogger ada buat macam tu..bila posting barang terus dah ada perkataan 'booked". Pada pandangan aku untuk bagi adil pada semua pembeli hangpa kena guna istilah "pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat" jadi adil la untuk hangpa semua cuma kena cepat aje la dan time aku posting barang tidak tentu jadi di situ hangpa mungkin ter tunggu2 sampai satu hari sorang bukak blog lebih 10 kali. Kenapa aku buat macam tu ! sudah tentu ada strategi aku tersendiri itu sahaja.

Akhir kata dari aku terima kaseh sekali lagi di atas sokongan anda semua.

Enamel Sign For Sale RM 500


Enamel sign navy cut cigarettes untuk di jual RM 500, condition seperti apa yang hangpa lihat, "apa yang pentinggg.." originall..! bukan lukis atas metal atau ada yang berkata "art" atas metal. Pada aku biak p berkarat asal sign tu asli tak payah nak tunggu 30 tahun nak jadi RARE sekarang sign koman macam ni pun dah ada harga..Kalau hangpa boleh dapat murah lagi..! jangan tunggu baik ada daripada tidak ada..jangan buang masa hangpa dengan sign aku ni..khas bagi peminat signboard sahaja.



Bagi yang berminat sila call aku bila-bila masa di talian mesra 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).

Tin Talcum For Sale RM 40


Tin talcum untuk di jual RM 40, khas bagi peminat tin keluaran terkenal suatu ketika dahulu caw & gate england, menarik untuk dekorasi anda.



Imej dari pelbagai sudut.


Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian mesra 013-3660616 atau email ke eisantique@rocketmail.com (NO SMS PLEASE).