Saturday, October 2, 2010

PENYEDIAAN PANCURAN AIR


Mungkin hangpa biasa terjumpa tempayan sebegini di kampung2 atau di belakang rumah dok tersadai di sebatang pokok atau sepi tanpa seri di mamah usia..! Hari nie aku nak berkongsi sedikit hiasan air pancur in door ataupun out door ", di mana hangpa tidak perlu hendak ber belanja besaq untuk menyediakan nya atau pun mungkin tempayan sebegini hangpa dah memang sedia ada dok terbiaq.. Yang pertama hangpa perlu sedia kan tempayan yang lama kalau boleh ! baru nampak rastik nya..

Ke dua pam air..gambaq seperti di bawah, belanja beli moto pam nie sekitar rm 8 ke 30 keatas ikut kemampuan atau pun mengikut saiz tempayan yang hendak di gunakan.



...dan yang ke tiga aksesori tambahan contoh seperti gantang kayu nie..atau pun pengisar batu lama agar nampak lebih menarik. Itu hangpa kena keluaq modai pulak nak beli batu pengisar kalau dah sedia ada mak pak hang punya lagi baguih..! Aku habaq nie modai beli moto pam saja yang lain ibarat hangpa dah sedia ada..



Kemudian hangpa adun kan kesemua nya sekali mengikut citarasa sendiri..maaf ! dah macam kelas memasak pulak dahh..



Bagi yang tidak mempunyai ruang yang besaq atau tinggal di rumah "merpati" hiasan sebegini sudah cukup menarik.



Belakang tempayan nie aku berlatar belakang kan muka tingkap lama yang boleh di "kuak" atau di turun naik kan agar nampak macam suasana kampung..



Kalau hangpa bercadang untuk letakkan hiasan pancur air nie di dalam rumah ! pokok seperti "duit2" nie memang sesuai, kalau di luar hangpa lagi banyak pilihan seperti tanaman berair kiambang atau sewaktu dengannya.



Maaf ! terlupa...hangpa juga kena sediakan salur getah secukup rasa agar salur getah tersebut dapat di sambungkan pada moto pam. Modai beli salur getah dalam RM 5.00 kalau nak pree !! hangpa potong jer salur getah jiran sebelah rumah bukan perasan punn..


Dan begini la hasilnya..sambil aku buat kerja di kedai ..! dapat juga aku dengar desiran air yang mengalir jatuh dalam tempayan..tak ori..!! tapi OK ! Hiasan pancuran air nie aku letak kan bersebelahan pintu masuk kedai..secara simbolik ia mengambarkan "duit masuk tidak berhenti" itu secara simbolik aku tidak mempercayai nya..


P/S : Jangan lupa letak ikan..nanti goreng pon sodaapp...!


Tin Lama For Sale RM 60

Tin cadbury lama untuk di jual RM 60, keluaran england. Kalau tak silap aku keluaran 60an. Condition seperti yang di lihat. Menarik bagi yang mengemarinya.




Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616. (NO SMS PLEASE).

Tin Lama For Sale RM 40

Tin lama untuk di jual RM 40. Tin "cremona & red boy toffees" keluaran A.S. Wilkins Ltd england 40an. Khas bagi yang mengumpul tin2 lama sebagai koleksi.




Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616. (NO SMS PLEASE).

Tea Set For Sale RM 60

N3 ULANGAN

Tea set untuk di jual RM 60, keluaran japan. Condition seperti yang di lihat. Warna nya memang merelippp..!



Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 dan setiap item yang terjual RM 10 akan di ambil dari hasil jualan untuk tujuan amal. (NO SMS PLEASE).

Friday, October 1, 2010

Set Piring Kuih For Sale RM 50

Set piring kuih untuk di jual RM 50, pelbagai saiz dan bentuk. Mengandungi 13 pcs, condition seperti yang di lihat.





Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 dan setiap item yang terjual RM 10 akan di ambil dari hasil jualan untuk tujuan amal. (NO SMS PLEASE).

Wednesday, September 29, 2010

Set Meiken For Sale RM 280

Tea set meiken untuk di jual RM 280, itu saja set yang ada. Menarik bagi yang mengemarinya.




Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616 dan setiap item yang terjual RM 10 akan di ambil dari hasil jualan untuk tujuan ama. (NO SMS PLEASE).

Tea Set For Sale RM 90

Tea set untuk di jual RM 90, motif kekwa hitam. Condition seperti yang di lihat.




Bagi yang berminat sila call bila-bila masa di talian 013-3660616. (NO SMS PLEASE).

Monday, September 27, 2010

SUMBANGAN

SUMBANGAN

Sekadar berkongsi cerita dengan anda semua..semalam setelah aku selesai solat isyak bersama askar2 aku di masijd tempat aku, ada seorang hamba allah duduk di bahagian belakang bersama seorang anak lelaki memohon sumbangan untuk merawat penyakit beliau serta anaknya yang mengalami masalah jantung berlubang..Seorang mualaf yang telah peluk islam. sempat juga aku bertanya beberapa soalan pada beliau..

Katanya beliau tidak ada tempat tinggal hanya menyewa di rumah tumpangan setiap hari, isteri kata nya sudah tidak ada lagi..tidak pasti sudah meniggal atau sebaliknya..memang kasihan aku melihat anak nya..habis tangan2 bibir malah kelopak mata ke biru biruan tapi dah fitrah anak2 kecil..memang aku nampak anak nya aktif macam tidak ber penyakit. Kebetulan pula rumah aku dengan jarak masjid tidak jauh..balik rumah ambil sedikit wang dari hasil jualan tabung amal "eisantique" aku dan juga anda yang membeli barang2 aku di dalam blog untuk meringan kan sedikit beban saudara baru kita ini. Bagi anda yang ingin membantu samada dari segi kewangan atau apa saja boleh hubungi beliau di talian 010-4241568 nama beliau Muhammad Eddie Chin Abdullah. Nama anak beliau Muhammad Fendi Eddie Chin berumur 5 tahun. Aku termenung sejenak..betapa bertuah nya aku ! walaupun hutang keliling pinggan tapi tuhan hanya uji sedikit saja itu pun kadang2 mengeluh..insan lain lagi hebat di uji oleh allah mungkin anda juga begitu..

Semoga kita sama2 dapat menafaat di sebalik peristiwa ini untuk ikhtbar diri kita bersama.

Wassallam.